![]() |
Meriah kan warnanya....nyum nyum. Rasanya pun sedap. |
![]() |
Dua beradik ni memang saja dijemput turut serta buat biskut ni. |
![]() |
Berebut-rebut nak letak cookies atas dulang. Lepas masak ni kalau ada terjumpa rambut dalam biskut, dah tau dah rambut siapa. |
Ok resipi asalnya di sini. Ini resepi yang dah ditranslate kan untuk memudahkan sesiapa yang nak mencuba.
Perfect M&M Cookies
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan unsalted butter
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
12 auns M&M (lebih kurang 340gm)
Cara membuatnya:-
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan baking soda. Ketepikan.
2. Pukul kedua-dua gula dengan butter sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sehingga menjadi doh. Akhir sekali masukkan M&M dan gaul dengan menggunakan tangan.
4. Sejukkan adunan dalam bekas bertutup di dalam peti ais selama 30 minit.
5. Selepas itu, bulat-bulatkan doh sebesar duit 20 sen @ 50 sen. Susun di atas dulang. Jangan letakkan adunan terlalu dekat takut bercantum biskutnya nanti.
6. Bakar adunan. Aku bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 20 minit.