dah tinggal x berapa hari je lagi nak raya. mula la mood sengal & lemau melanda. tambah plak telinga ni dok disaji dengan lagu raya. walla walla...cepat la ari Jumaat.
bila raya ni budak2 la yang seronok. mana x nye dapat jumpa sepupu sepapat. main sampai x ingat (ni kes hadi la ni). Apa lagi dapat kumpul duit raya plak.
Bulan puasa bila dekat2 nak raya ni..teringat plak persiapan raya masa zaman budak2 dulu.
Mama aku dulu suka buat kuih @ biskut raya sendiri. Antara kuih @ biskut raya favorite yg akan dibuat; buah rotan, samperit, kuih goyang @ kuih ros, kuih gunting, biskut kelapa, tart nenas & biskut kacang tanah (bukan biskut mazola tau). Bila buat buah rotan, kita org adik beradik akan tolong sama uli tepung bulat2 kecik2. lepas tu salut dengan bijan. Siap semua, mama akan goreng. ni gambar dr en. google rupa buah rotan tu
Kuih gunting mama paling best. Kalau buat tu sekilo tepung dapat la satu bekas besar. Krup krap krup krap makan sambil tengok tv.
Kalau buat kuih ros pun selalu mama guna 1 kilo tepung, dapat 1 tin biskut yg besar tu. Abah kekadang bantu gak buat kuih ni. Sebab senang. Panaskan acuan ros dalam minyak panas, pastu celup acuan dalam bancuhan tepung sekejap. Pastu goreng dalam minyak panas. Masa nak turunkan bancuhan tepung dari acuan kena la goyang2 skit. Tu yang dapat nama kuih goyang tu. Cari2 kat google jumpa gak. Ni la rupanya..
Tapi semenjak aku sekolah menengah & dah pandai (perasaann) buat kuih raya, memang mama x buat la dah keja2 membuat kuih raya ni :-)) Ada pembahagian kerja katanyaaa...rendang, ketupat & lauk pauk mama siapkan. Kuih, biskut @ kek, tugas aku plak. Tapi bab2 kuih tradisional tu idak la aku reti membuatnya. Biskut2 moden & tart nenas reti la.
p/s: Bila Hana dah besar nanti, aku cadang nak ajar dia buat kuih @ biskut raya. Just like what aku & mama buat dulu. Seronok...having quality time together
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment