Monday, November 21, 2011

CAMERON HIGHLANDS PART 1: SELESAI SUDAH BERJALAN2

Syukur alhamdulillah..selesai berkursus kat CH & berjalan2 kat sana.  Adik aku dah pesan gi CH ikut exit Simpang Pulai. Katanya jalan yang kat Tapah tu memang teruk, bersimpang siur & kena hon bila lalu selekoh untuk bagi tau kat kereta dari arah bertentangan. En. suami datang hari Khamis naik bas dari Pudu Sentral. Sib x baik bas tu ikut Tapah. En. suami kata lepas exit Tapah memang dia x tidur wpun orang lain kat dalam bas syiok punye tidur. Katanya dia risau & gayat tengok jalan Tapah tu. Bila dia sms bagi tau lalu ikut Tapah, aku pun mula la x senang duduk. Risau wooo, sape x sayang laki :-))) Lagi2 plak musim hujan & jalan licin.

Walaupun sekarang musim hujan, tapi dapat la jugak berjalan2 ke sana sini. Cuma x sempat nak ke robinson fall dan ladang  teh Boh kat sg. palas. Baca kat blog2 & kengkawan bagi tau jalan nak ke ladang teh BOH tu satu lane je. Nak lalu kena bertolak ansur dengan kenderaan arah bertentangan i.e. kena reverse ye. Seriau plak dengar. Langsung x jadi nak pergi. Cukup2 la dapat pergi Cameron Valley kat Ringlet & ladang teh Bharat kat Tringkap.
Masa kursus stay kat Equatorial. Sebabkan hotel ni makin mahal bila weekend tambahan plak cuti sekolah dah mula, so pindah ke hotel bajet je. Kita orang stay kat Hotel Titiwangsa. Itu pun last bilik yang tinggal. Next time kalau pergi kena cari apartment kot. Baru la selesa & bleh masak2. Geram tengok sayur2 yang fresh kat Kea Farm tu. 

Kea farm ni tempat pertama la kita orang singgah. Sebab ni yang paling dekat dengan Equatorial. Menapak je pun boleh. Tapi kalau bawa anak2 kecik & hyperactive lupa kan aje la nak menapak tu. Aku parking je kat tepi jalan depan kedai bunga. Sib baik x kena saman hihihi

Memula pergi tu x de beli apa pun. Saja tengok2 dulu apa yang dijual. Tapi on the way balik hari Ahad, sini la tempat membeli belah sayur2an. Mana x rambang mata, 10 bungkus sayur baru RM10. Ada gak yang 13 bungkus RM10. Macam2 la resepi sayur mama masak sampai la abis segala sayur yang dibeli
Pastu mama pun ada beli kobis bunga (x berpotong, bulat besar), kobis (pun bulat x berpotong), daun saderi yang panjang2 dengan brokoli sebesar dua penumbuk diletakkan selonggok RM10.

Tengok la terungnya..sikit punye montok. Masak sambal letak ikan bilis memang perghhh meleleh
Tiu Miu yang macam taugeh tu sedap kalo goreng dengan mihun @ mee
Apple Cameron Highland
Ni bahagian dalamnye. Rasa macam Honey dew
Ni memang wajib la kena beli kan. Dah trademark Cameron Highland
Jeruk jambu perisa epal. Ntah la camne rasanya. Blum dicuba lagi
Ok...panjang dah. Sambung kat next entry ye :-)

No comments:

Post a Comment