Thursday, November 24, 2011

BERITA HARI INI: MACAM2 ADA

Harimau Muda kalah di tangan Syiria 0-2
Kesian tengok bebudak Harimau Muda malam tadi. Nampak sangat keletihan. Selang sehari lepas final sukan SEA yang permainannya yang siap dengan masa tambahan 30 minit. X pela kami faham. Ahad ni nak lawan Bahrain plak kan. So, kumpul semula tenaga & berikan persembahan terbaik hokey...Caiyok!!!

Anugerah Lagu Terbaik AIM ditarik balik
Kesian YUna x pasal2 jadi mangsa. Tapi alasan yang diberikan sangat la hampehhhh Ada ke patut kata auditor salah kira. Apa punye alasan tu. BUkan nak kena buat statistik @ algebra @ pengkamiran etc etc sampai bleh salah kira. Lagipun anugerah dah bagi bleh plak buruk siku ambik bagi kat orang lain. Patutnye keputusan juri MUKTAMAD la.Ramai yang kata lagu Anuar Zain tu lagi best & dah menang peringkat kategori lagu pop terbaik. Aku x kisah la best ke tak best. Tapi once dah anugerahkan, x payah la nak tarik balik. Memalukannnn. Kesian kat Yuna. x kan music industry pun nak dipolitikkan. Ada gak yang kaitkan isu ni dengan Norman (Pengerusi RIM a.k.a penganjur AIM) Edry kan pencipta lagu Sedetik Lebih. Bak kata Nabil "Lu Pikir La Sendiri"


Tanah Orang Melayu RM2b kini milik ceti
Alkisah tersebut la kisah di zaman sebelum merdeka di Pulau Pinang. Orang2 Melayu sanggup cagarkan tanah untuk dapat duit dari ceti bagi melangsungkan majlis perkahwinan anak mereka. Sudahnye hutang x terbayar & tanah tergadai kat ceti. Yang anak pinak dok tinggal lagi atas tanah  sampai sekarang tanpa mengetahui yang tanah dah pun diambil alih ceti. Kesian..kesian...Nak kahwin kan anak punye pasal sampai bergolok bergadai. Yang paling x bleh blah tu, hutangnye serendah RM350 je. Kalau untuk anak sambung belajar tu aku paham la jugak. Sudahnye orang melayu dok merempat di tempat sendiri.

19 peminjam disenarai hitam Bank Negara sebab gagal selesaikan pinjaman bagi pembelian rumah yang dah terbengkalai

Dengar kat dalam radio on the way kerja tadi. Kesian......itu aje la boleh dikatakan. Ramai aje yang hadapi masalah macam ni kan. yang peliknya macam mana la bank boleh release payment pada pemaju sedangkan projek x berjalan pun ikut progress. yang jadi mangsa pembeli2. Kesian, rumah dah la terbengkalai. Nak kena bayar plak loan, pastu nak bayar sewa rumah yang sekarang diduduki, pastu dengan belanja anak bini lagi. Bila la kes2 rumah terbengkalai ni nak settle. Eloknya pemaju2 bermasalah ni patut bagi hukuman sebatan @ penjara @ mufliskan & jual harta benda dia org untuk bayar hutang bank tu. Orang nak jadi developer, awak nak jadi developer. Tapi x de duit, harapkan bank release payment aje.

Wednesday, November 23, 2011

CAMERON HIGHLANDS PART 5: BHARAT TEA PLANTATION, TRINGKAP

Ini la satu2nye gambar kita orang berlima alamakkk besarnye aku
On the way balik sempat singgah Bharat Tea Plantation kat Tringkap kalau x silap. Teringin nak bergambar kat ladang teh kan :-)) So tercapai la jugak impian tu. Bharat Tea Plantation kat Tringkap ni x la luas sangat tempatnye. tempat parking pun limited. Ramai gak yang parking tepi2 jalan. tapi disebabkan kereta aku ni comel sesangat menyemppit gak la kat tempat parking.

Selain cafe ada gak kedai jual teh macam2 jenis

Scone makan dengan jam strawberi, cream & butter. Memang besttt sesangat. Cuma mahal skit la. Satu set ni kalau x silap Rm12.50

Teh Tarik Float. Yang float nye tu sebab dia letak cream kat atas teh tarik tu. Menu baru plak Teh Coklat. Ni pun best gak. Pekat rasa coklat & ada rasa teh skit.

Mama nak mencuba scone
Amboiii sedap sampai tutup mata makan scone ye :-))


Hadi cukup suka kat sini. Sibuk dia berlari celah2 pokok teh tu. Ada cita2 nak panjat bukit kat situ. Mintak maaf ye Hadi. Ibu & Babah dah x larat nak mendaki2 ni. Nanti Hadi penat, mintak dukung plak. Biasa la tu :-))


Hana Dibab dengan Babah. Dibab sibuk nengok Hadi yang ligat dok lalu celah2 pokok teh tu
Ok dahhh. Jom balik. Esok ibu nak gi keja huhuhu

CAMERON HIGHLANDS PART4: CAMERON VALLEY


Kebetulan dok jalan2 menuju tanah Rata nampak plak signboard Ladang Teh Cameron Valley lagi 2 km. Apa lagi, terus la gerak ke sana. Masa ni hujan baru lepas reda & jadi berkabus la.Kat sini ada cafe, kedai souvenier & kedai jual serbuk teh.

Memandangkan 1st time tengok ladang teh secara live, memasing sibuk la nak bergambar. Tapi dari cafe aje la. Sebab ladang teh tu licin kan, baru lepas ujan. Nanti ada plak yang mengelungsur ke bawah :-))


Mama dengan sweater barunye. Siap berlabuci bagai
Hana Dibab yang kesejukan..merah pipinya

Budak sorang ni pantang lepas...

CAMERON HIGHLANDS PART 3: PASAR MALAM BRINCHANG


Jumaat malam Sabtu pergi Pasar Malam Brinchang. Dekat je dari Hotel yang kita orang duduk. Macam pasar malam biasa je, cuma ada la beza skit barang2 yang dijual.

Jualan souvenier, asam strawberi & jeruk buah

Ulat & serangga plastik untuk mainan

x ramai sangat orang sebab baru lepas hujan

Strawberi coklat & Strawberi dengan marshmallow

Ni jeruk jambu

Budak ni memula celik mata dia

Kejap lagi tengok dah tido. Mentang2 la cuaca sejuk, bawa jalan je tido

Bila balik bilik, celik mata dia

Tuesday, November 22, 2011

CAMERON HIGHLANDS PART 2: BUNGA- BUNGAAN

Bunga..memang favorite mama. Jadinya, bila bawa dia gi Cameron wajib la singgah Rose Center kat Kea Farm  & Rose Valley kat Tringkap & lain-lain tempat yang bersepah dengan bunga2 an. Even kat belukar pun ada bunga2 & orkid liar yang cantik2. Geramnyer...rasa nak cabut bawa balik je hahaha

Kalau naik lori bleh angkut semua ni bawa balik
Bunganyer besar2..tengok tu muka Hana jadi mangsa nak tunjuk betapa besarnya bunga ros tu
Geram betul tengok daisy yang color hot pink tu. Sekali pandang macam bunga palsu
Bunga yang merah+kuning & biru tu berjurai dari net yang dipasang kat atas tu
Bunga yang putih pink tu namanya Bunga Lantern..Yang merah bulat & berlapis lapis tu macam spesis bunga ros plak
Tengok tu..sebesar tapak tangan mama bunga rosnya
Bunga raya ni plak lagi besar dari telapak tangan & jari2 aku yang montok a.k.a tembam hahaha

AND THEY DID IT AGAIN: HARIMAU MUDA PLAK

Tingkat lagi semangat juang & teruskan usaha kalian semua untuk mengharumkan nama negara. Jangan mudah berputus asa selagi wisel penamat belum ditiup!
Tahniah Harimau Muda sebab mendapatkan pingat emas ke59 untuk Malaysia & paling penting dapat kalahkan Garuda SEKALI LAGI.Walau pun menang dengan penalti, tapi bermain lebih 100 minit dah buktikan yang korang memang berhak menang atas usaha gigih.

Hilang ngantuk tunggu game sampai habis. Tapi mau sakit jantung senak perut dibuatnya. Game sangat sengit lagi2 selepas Garuda masukkan gol kedua yang sudahnya dikira offside. Garuda pun macam biasa mula la main kasar bila dah terdesak. Maklumla main di hadapan penonton sendiri lebih kurang 100 ribu orang. Terima kasih pada Mohd Asrarudin Putra Omar yang jaringkan satu gol hasil dan.... Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Mahalli Jasuli, Mohd Muslim Ahmad. Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Irfan Fazail, K. Gurusamy, A. Thamil Arasu, Mohd Nazmi Faiz,Yong Kuong Yong dan Fandi Othman.

Syabas pada Harimau Muda yang tetap bersemangat walaupun dari tv pun dapat tengok macam mana penatnya dia orang main. Tapi tetap x patah semangat. Lusa Harimau Muda lawan Syria pula. Hopefully dapat teruskan kehebatan. Buat yang terbaik & berusaha sebagai satu pasukan. Jangan tamak haloba & pentingkan diri sendiri sahaja. Dan tolongla perbaiki finishing. Kalau main macam nak rak pun, tapi finishing x de buat penant aje.  

Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

(Altimet)
Inilah tunah tumpahnya darah ku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,

Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang....

Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Joe)
Semua berlari hingga tiada keringat,
GOL pertama untuk negara kedua untuk pingat,
Bila atas padang main tak ingat,
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,

Pernahkah ada harimau yang jinak?,
Jawapannya tidak semestinya lincah,
Penyokong ke stadium beranak pinak,
Untuk mu MALAYSIA kami sana....


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Carleed Khaza)
Hey,nari kita semangat,
HITAM KUNING terpahat,
Mari kita berjuang,
Tempur berperang di padang,

Sekali lagi,
Maju lagi,
Serang lagi,
Gagah berani sebati,

Tidak genat tenang,
Dengar sorakan Gemilang,
HARIMAU MALAYA PASTI MENANG!!!

Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

Monday, November 21, 2011

CAMERON HIGHLANDS PART 1: SELESAI SUDAH BERJALAN2

Syukur alhamdulillah..selesai berkursus kat CH & berjalan2 kat sana.  Adik aku dah pesan gi CH ikut exit Simpang Pulai. Katanya jalan yang kat Tapah tu memang teruk, bersimpang siur & kena hon bila lalu selekoh untuk bagi tau kat kereta dari arah bertentangan. En. suami datang hari Khamis naik bas dari Pudu Sentral. Sib x baik bas tu ikut Tapah. En. suami kata lepas exit Tapah memang dia x tidur wpun orang lain kat dalam bas syiok punye tidur. Katanya dia risau & gayat tengok jalan Tapah tu. Bila dia sms bagi tau lalu ikut Tapah, aku pun mula la x senang duduk. Risau wooo, sape x sayang laki :-))) Lagi2 plak musim hujan & jalan licin.

Walaupun sekarang musim hujan, tapi dapat la jugak berjalan2 ke sana sini. Cuma x sempat nak ke robinson fall dan ladang  teh Boh kat sg. palas. Baca kat blog2 & kengkawan bagi tau jalan nak ke ladang teh BOH tu satu lane je. Nak lalu kena bertolak ansur dengan kenderaan arah bertentangan i.e. kena reverse ye. Seriau plak dengar. Langsung x jadi nak pergi. Cukup2 la dapat pergi Cameron Valley kat Ringlet & ladang teh Bharat kat Tringkap.
Masa kursus stay kat Equatorial. Sebabkan hotel ni makin mahal bila weekend tambahan plak cuti sekolah dah mula, so pindah ke hotel bajet je. Kita orang stay kat Hotel Titiwangsa. Itu pun last bilik yang tinggal. Next time kalau pergi kena cari apartment kot. Baru la selesa & bleh masak2. Geram tengok sayur2 yang fresh kat Kea Farm tu. 

Kea farm ni tempat pertama la kita orang singgah. Sebab ni yang paling dekat dengan Equatorial. Menapak je pun boleh. Tapi kalau bawa anak2 kecik & hyperactive lupa kan aje la nak menapak tu. Aku parking je kat tepi jalan depan kedai bunga. Sib baik x kena saman hihihi

Memula pergi tu x de beli apa pun. Saja tengok2 dulu apa yang dijual. Tapi on the way balik hari Ahad, sini la tempat membeli belah sayur2an. Mana x rambang mata, 10 bungkus sayur baru RM10. Ada gak yang 13 bungkus RM10. Macam2 la resepi sayur mama masak sampai la abis segala sayur yang dibeli
Pastu mama pun ada beli kobis bunga (x berpotong, bulat besar), kobis (pun bulat x berpotong), daun saderi yang panjang2 dengan brokoli sebesar dua penumbuk diletakkan selonggok RM10.

Tengok la terungnya..sikit punye montok. Masak sambal letak ikan bilis memang perghhh meleleh
Tiu Miu yang macam taugeh tu sedap kalo goreng dengan mihun @ mee
Apple Cameron Highland
Ni bahagian dalamnye. Rasa macam Honey dew
Ni memang wajib la kena beli kan. Dah trademark Cameron Highland
Jeruk jambu perisa epal. Ntah la camne rasanya. Blum dicuba lagi
Ok...panjang dah. Sambung kat next entry ye :-)

Tuesday, November 15, 2011

MENYELAM SAMBIL MINUM AIR: CAMERON HIGHLANDS

Esok sampai Jumaat ada kursus kat Cameron Highlands...Punye la berkurun lama dah x pergi CH ni. First & Last time pergi zaman sekolah rendah. Hahhh ambik ko. Punye la dahulu kala. Dah ada anak 2 baru nak sampai sana. Memandangkan en. suami plak ada kursus kat kl hari selasa & rabu. So, dia join kita org ari khamis la. Naik le bas kat pudu raya ehhh Pudu Sentral.

X sabar nak gi CH ni. Memang ada plan nak bawa family gi sana. Tapi memanjang je sibuk & fulus pun x mengizinkan sebab kumpul duit bayar bil bersalin C sect kat DEMC le. tapi memang rezeki anak2 & family la, tetiba dapat offer gi kursus kat CH. Memang pucuk dicita ulam mendatang la.

Dah google2 & gi blog2 yg citer pasal CH ni. So, lokasi wajib pergi mestila..

Ladang teh

ladang strawberi


kebun bunga




taman rama-rama

rumah tudor
air terjun robinson..kalo sempat la
 Nak carik jugak jagung mutiara ni...




Ok..next week aku citer psl gi CH ye. Maklumla kursus abis Jumaat tp extend stay kat CH sampai Ahad.

HADI 3RD BIRTHDAY

Bukan nak makan sangat pun bebudak ni. Sibuk nak main kat playground depan tu
Ahad lepas sempat la celebrate birthday Hadi kat KFC Extreme Park Sect 13, Shah Alam. memula plan nak celebrate kat I-City tapi sebab cuaca x menentu sekarang ni, malam2 selalu hujan kan. Jadi tukar plan la. Simple je celebrate. Itu pun nasib baik sempat la nak tempah kek chuggington. Kalo x membebel la si Hadi

Kek yg sungguh ceria
Suka betul Hadi dapat kek chuggington..asyik dok belek2..tengok2...Nenek plak bagi hadiah kereta. Susah2 je nenek abis duit belikan hadiah untuk Hadi.

Nenek ku pulang dari kota..Nenekku belikan kereta..Kereta Kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah. Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon berapa banyak pon dah

Ibu & Birthday Boy...


Ok la...Nanti citer kat blog Hadi plak.