Thursday, February 20, 2014

BIG BAD WOLF BOOK SALE (6/12/2013)


Kali ni kira tahun kedua la aku pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni terpaksa pergi beberapa trip sebab kesuntukan masa nak membelek buku2 yang berlambak kat MIECC tu.



Ni 1st trip...ingatkan pergi  Jumaat malam ni tak la ramai orang. Punya la jem jalan dari tol Mines tu sampai ke jalan nak masuk ke MIECC tu. En. suami pelik sangat kenapa la sampai camni keadaannya. Itu la aku cakap kat dia Big Bad Wolf ni memang ramai orang pasal gila2 punya harga sale buku2nya. Dah tengok keadaan jalan ni baru nak percaya. Lepas tu pulak, kat dalam dewan MIECC tu sampai ke pukul 2 pagi pun ramai lagi orang. 
 


Askar2 dua orang ni pun diangkut sekali. Sebab trip kali ni nak membelikan buku2 untuk dia orang la. Tengah dok beratur nak membayar ni, dia orang biasala. Mana boleh dok diam.


Kesudahannya masuk kereta, on d way balik rumah yang si adik dah sujud syukur sebab kepenatan & mengantuk. Dengan mulut terngana & air liur melelah kat seat. Yang abangnya pulak melekat tido dengan abahnya kat depan. Tinggal la driver ni sorang2. X pe janji puas hati dapat membeli 


Ini la buku2 yang dibeli masa 1st trip. Kebanyakkannya hard cover & ada beberapa yang 3D & ada music. Harga buku2ni per piece dalam RM5-RM15 je rasaya. Kalau x silap, beli semua buku ni tak sampai RM100 pun. Tahun ni 3 kali trip pergi Big Bad Wolf ni. Cuma kali ni dah x beli buku2 masakan. Sebab tahun lepas punya buku masakan pun x sempat nak ditest resepinya. Beli novel2 & dictionary je.

TEATER BAHAYANYA WANITA (29/12/2013)

 

Rasanya dah bertahun-tahun tak tengok teater ni. Dulu-dulu pergi teater sebab kena paksa memenuhkan dewan. Kali ni memang kes sukarela nak pergi. Ni first time en. suami pergi teater. Sebabnya aku yang beria2 sangat nak tengok teater ni bila tahu pelakon2nya. At the same time jugak sebab nak celebrate anniversary. Tahun-tahun sebelumnya, kalau celebrate anniversary mesti pergi tengok wayang & karaoke. Jadi tahun 2013 nak buat kelainan sikit la.

Bam Bam nya kita orang berdua :-)
Persembahan pembukakan oleh Zizan Razak a.k.a. Syed Maadon

Berbalik pada teater Bahayanya Wanita ni, memang la best & tak kering gusi dibuatnya. Walau pun tahap 'kelucahan' nya tu kadang-kadang macam 'terlebih sudah'. Tapi sesuai la kan dengan watak Syed Maadon yang bini empat tu. Kalau x gatal x la Maadon tu sampai 4 bininya. Pastu punya la comelnya Syanie Masterchef tu pakai tudung jadi bini Ustaz (Johan Asaari).

Kebetulan pulak hari yang kita orang tengok teater ni (29/12/2013), Nasha Aziz dan Awie pun ada datang tengok. Cantik betul Nasha Aziz walaupun x mekap beria. Slim plak tu.

Sharifah Fatima Maruka (Umie Aida) i.e isteri pertama Syed Maadon
Kamelia (Erra Fazira) i.e. isteri kedua Syed Maadon
Memang bantai gelak aje la aku laki bini dengan penonton2 lain. Kira berjaya la nak buat kelainan celebrate anniversary kali ni. Walau pun awal harinya memang sakit hati sangat dengan 1 kejadian yang disebabkan oleh sorang manusia ni. Tapi what for nak rosakkan anniversary kita orang disebabkan sorang manusia ni.

Pasal gambar2 ni, Istana Budaya ada nasihatkan jangan ambik gambar. Tapi aku dok ambik jugak beberapa keping gambar, curi2 dengan handphone. Tapi kena la off kan flash. Nanti menganggu plak kan.

Disebabkan experience yang best ni, kita org macam excited plak nak tengok lagi teater @ Istana Budaya. In Sha Allah...kena la kumpul duit, sebabnya tiket teater ni mahal la sikit compare dengan tiket wayang. Tapi ok la sebab ko dapat tengok live pelakon-pelakon ni beraksi & ada aksi2 & dialog spontan lagi.

LAMA GILA TAK UPDATE BLOG

Last update penghujung bulan Oktober 2013. Dah masuk bulan Februari 2014, baru tergerak hati nak update blog. Bukan apa, awal bulan November aku kena attend kursus 6 minggu sampai la dekat cuti Krismas baru masuk kerja.

Dah lama benar x attend kursus dalam tempoh yang panjang, jadi stress dibuatnya. Kursus plak bukan setakat ko datang kelas pastu buat dengar x dengar. Kursus siap kena buat powerpoint presentation, group work, praktikal dan yang paling hazab ada 2 exam. Alhamdulillah selesai dah. Cuma result je tak tau. Lulus ke idak. Harap2 semuanya ok la.


Sepanjang kursus di Bukit Kiara tu, ini la makanan favorite aku & kawan2. Selang seli...kadang lamb chop, kadang chicken chop. Dia punya blackpepper sauce memang terbaik. Sampaikan baju-baju dah mula rasa 'mengecil' & chef yang masak tu dah kenal sgt muka kita orang.

Ni dah masuk ofis pun memasing dok teringatkan lagi lamb chop & chicken chop. Ada kawan aku sorang tu, badan je kurus tapi dua pinggan chicken chop dia bleh bedal sekali jalan. Hua hua hua...chef yang masak tu punya x percaya siap dua kali tanya masa nak ambik order.

Inilah cerita pemanas badan orang kata. Jadinya perlahan-perlahan la nak mengupdate cerita2 kat dalam blog ni. Baca la cerita2 basi yang akan menyusul kemudian ye


Monday, October 28, 2013

M&M Cookies

Meriah kan warnanya....nyum nyum. Rasanya pun sedap.

Dua beradik ni memang saja dijemput turut serta buat biskut ni.
Berebut-rebut nak letak cookies atas dulang. Lepas masak ni kalau ada terjumpa rambut dalam biskut, dah tau dah rambut siapa.

Ok resipi asalnya di sini. Ini resepi yang dah ditranslate kan untuk memudahkan sesiapa yang nak mencuba.

Perfect M&M Cookies

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan unsalted butter
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
12 auns M&M (lebih kurang 340gm)

Cara membuatnya:-

1.  Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan baking soda. Ketepikan.
2.  Pukul kedua-dua gula dengan butter sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3.  Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sehingga menjadi doh. Akhir sekali masukkan M&M dan gaul dengan menggunakan tangan.
4.  Sejukkan adunan dalam bekas bertutup di dalam peti ais selama 30 minit.
5.  Selepas itu, bulat-bulatkan doh sebesar duit 20 sen @ 50 sen. Susun di atas dulang. Jangan letakkan adunan terlalu dekat takut bercantum biskutnya nanti.
6.  Bakar adunan. Aku bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 20 minit.

Bebola Keledek

Memula beli keledek oren kat pasar ingat nak buat donut. Tapi memandangkan kereta masih di bengkel, malas nak menapak ke kedai mencari yis segera. Tambah pulak dok hujan je. Sudahnya buat bebola keledek aje la.

Bebola keledek yang telah siap digoreng. Agak garing sebab melayankan si Hana Debab yang dok keluar masuk dapur
Bebola keledek yang telah disalut dengan gula kastor
Resipinya dari Izzah Muffin Lover di sini .

Bahan-bahannya sama macam nak buat jemput2 pisang. Cumanya untuk resipi ni, keledek kena la direbus dulu. Keledek kemudiannya dilenyekkan. Masukkan sedikit garam, telur sebiji, 1/2 sudu makan baking powder. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi boleh dibuat bebola dan tidak melekat pada tangan.

Gorengkan bebola dan letakkan bebola yang telah masak atas bekas yang dilapik dengan paper towel untuk serap minyak. Kemudian golek-golek bebola dalam gula kastor. Buat sampai habis dan bolehlah dimakan.

Saturday, October 26, 2013

IKAN BAKAR PORTUGIS VERSI CHE MAT GEBU

Semenjak dua menjak ni jarang dah keluar berjalan-jalan setiap minggu. Nak jimat duit. Bukan apa, Hadi setiap kali keluar nak beli mainan la, buku la, jajan la. Kalau abangnya dah beli, adik pun nak jugak. Bukan la nak kedekut dengan anak2. Tapi Hadi tu, tiap2 hari beli mainan, kat stesen minyak pun jadi gak dia bershopping mainan. Yang paling xtahan, mainan2 tu cuma kekal jadi perhatian paling kuat pun 2 hari. Lepas tu, patah la, pecah la, sepah merata2.

Jadi sekarang ni, dalam sebulan ada 4 kali weekend. 2 kali weekend je boleh keluar jalan2. Jimat duit minyak, parking, makan minum.

Ok sebelum melalut lagi jauh. Disebabkan malas nak keluar, makannya kena la masak di rumah. Ni masakan paling senang nak buat. Ikut resipi Che Mat Gebu. Resipi sila la rujuk di sini ok. 

Dah siap masak sambal, letak sambal dalam pemanggang ajaib yang dilapikkan dengan aluminium foil. Kalau ada daun pisang boleh guna gantikan aluminium foil. Susun ikan dan curahkan lagi baki sambal yang ada. Taburkan daun kantan yang telah dihiris nipis.


Lepas tu, tutupkan ikan sepenuhnya dengan aluminium foil. Bakar ikan sehingga masak.


Ini la rupanya setelah masak. Rasanya dalam 15 minit je ikan dah masak kalau guna pemanggang ajaib ni. 


Ok, selamat mencuba resipi Che Mat Gebu.

Monday, October 21, 2013

Gelagat 2 Beradik

Tak nak turun ke Hana...
Abangnya naik balik. Tunggu dulu Hana
Woiii tepi sikit la
Woiii tak dengar ke? Tepi sikit la
Ok Hana dah boleh turun. Abangnya dok pegang pinggang adik
Abang tersenyum gembira sebab adik berjaya gelongsor ke bawah

 Ibu & Babahnya tengok dari bawah sambil gelak sakan. Poyo la Hadi ni :-) Adik relax je.

Sunday, October 20, 2013

Ayam Percik Kelantan Menggunakan Pemanggang Ajaib



Resipi ni aku ikut dari blog aziejaya jugak. Resipi asal di sini. Cuma aku tambahkan skit cili kering sebab nak pedas.

Bahan Utama
Ayam 3 paket ( beli di tesco yang peha+thigh single)

Bahan perap
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam

Bahan kuah
1 tiub santan
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 tangkai cili kering (yang jenis kurang pedas. direndam sekejap dengan air panas)
Garam
1 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping

Cara memasak:-

Bersihkan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap yang telah dikisar halus. Perap dalam 30 minit.

Kisar bahan-bahan kuah kecuali asam keping, gula pasir, garam dan santan.

Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga kuah sedikit pekat.

Panggang ayam di dalam pemanggang ajaib. Bila 3/4 masak, guna senduk dan curah sedikit kuah di bahagian atas dan bawah ayam semasa memanggang.

Bila ayam dah masak. Tutup api dan hidangkan.

Kalau rajin boleh la buat nasi kerabu untuk dimakan bersama. Kalau x rajin macam aku, makan aje la dengan nasi putih. Sedap jugak.

Saturday, October 12, 2013

Stew Daging diinspirasikan oleh Aziejaya

Tekak ni dah boring asyik makan lauk yang sama. Kali ni nak makan western skit. So, masak la stew daging yang diinspirasikan dari blog aziejaya. Original resipi dimasak dengan slow cooker. My version, reneh atas dapur je. Bahan-bahan yang digunakan lebih kurang sama saje. Cuma ada substitute dengan bahan lain dan dikurangkan.

600 gm daging batang pinang (dipotong kiub)
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong panjang2)
2 biji kentang (pakai yang russet punya potong 12)
1 batang celery (potong serong) 
1 paket cendawan butang (dipotong 4)
3 ulas bawang putih (dicincang)
6 cawan beef broth (6 cawan air didihkan dengan 3 kiub daging knorr)
1 tangkai thyme segar
2 helai daun bay (pakai sehelai je)
1 sudu besar oregano kering
3 sudu besar tomato paste
3 sudu besar tepung gandum
Minyak zaiton
Garam
Lada Hitam


Langkah 1
Gaulkan daging dengan serbuk lada hitam, garam, dan tepung gandum.


 Langkah 2

Goreng daging dengan sedikit minyak zaitun hingga keperangan. Elok pakai non stick pan. Dah abis goreng, ketepikan.


Langkah 3
Guna minyak yang sama dan tambah sedikit lagi minyak zaitun untuk menumis bawang holland, bawang putih. Tumis hingga kekuningan dan masukkan daging, tomato paste, daun bay, oregano, thyme serta 3 cawan beef broth dan renehkan.


Langkah 4
Masukkan 3 cawan lagi beef broth sekali dengan lobak merah, kentang, celery dan cendawan.

 

Masak hingga daging dan bahan-bahan semua empuk. Tidak perlu tambah garam lagi sebab daging dah pun dicampur garam dan garam dari beef broth kiub knorr dah mencukupi.

Siap. Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun garlic bread. Saya prefer garlic bread.

Nak buat garlic bread senang je. Beli roti baguette dan garlic butter kat tesco @ giant. Potong serong roti baguette sampai habis. Sapu sebelah permukaan roti baguette dengan garlic butter. Pastu bakar @ grill sekejap roti dalam oven dengan permukaan yang disapu dengan garlic butter di sebelah atas. Bakar hingga permukaan roti yang disapu butter agak garing.

Saturday, October 5, 2013

Lemon Rosemary Roast Chicken


Resipi ni dah 2 kali buat. Bagi yang nak berdiet memang x berapa sesuai la resipi ni sebab ada ayam akan dilumur dengan butter ;-)

Tapi memang sedap ayam ni dimakan sekali dengan mashed potatoes, coleslaw & mushroom sauce.

Sila la tengok resipi asal. Cuma aku pakai 2 biji je lemon. Sebab mana muatnye lemon enam potong nak masuk dalam perut ayam tu.