Monday, January 3, 2011

TEH SUKAT??

ni first time aku dengar teh sukat. slalunye beli serbuk teh yg siap dalam kotan (kalo dulu pakai cap masjid je). sekarang ni dah pakai lipton @ boh teabag je. sebabnya senang nak guna. x yah pakai tapis2 bagai.

ari ni dalam paper KOSMO kata, teh sukat antara penyebab kanser. alamakkkkk seram la plak dengar. mana x nye slalu minum teh o ais @ teh o ais limau kat kedai. kedai2 slalu guna teh sukat ni sebab ada bahan pewarna. agaknya tu la pasal teh kat kedai tu warna dia sikit punya cantik je kan.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. kata kat KOSMO lagi, teh sukat ni ada karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik. karsinogen ni bleh ganggu sistem DNA manusia & dorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup. contohnya macam barah paru2, hati, prostat & usus.

hmmm....so tepuk dada tanya selera la kan. kesihatan tu penting, lg pun kita x tau kedai tu (especially kedai mamak @ kedai makan biasa) tu guna teh jenis apa kan? minum je la jus buah @ air kosong. elok la lepas makan2 benda berlemak tu, minum je air buah untuk penghadaman @ air suam.

No comments:

Post a Comment