Saturday, April 12, 2014

NASI AYAM MY STYLE

Bila malas tak tau apa nak masak.....masak nasi ayam la paling senang & complete untuk anak2 dan suami. Sebab apa kata senang? Sebab kalau ikut cara aku masak ikut suka ati je. Janji anak2 suka makan bertambah2 tak cukup sepinggan.

Step pertama beli ayam sekor, bersihkan bahagian dalam dan luar ayam. Buang buntut ayam, leher dan kaki ayam. Lepas tu potong bawang besar 1 biji, halia 1 inci dihiris, bawang putih 3 ulas dihiris. Masukkan semua bahan2 ni dengan ayam dalam periuk besar. Isikan air sampai ayam tenggelam. Perasakan dengan serbuk Cukup Rasa atau pun masukkan 2 kiub knor perasa ayam. Kalau takde benda2 ni di rumah, pakai la garam & ajinomoto. Masak ayam sampai 3/4 masak. 
Bila ayam dah 3 suku masak, asingkan ayam dengan air yang dah jadi kuah sup tadi. Air kuah sup tu, panaskan lagi & taburkan daun sup. Agak-agak daun sup dah layur, tutup api. Ayam pulak dilumur dengan kicap pekat, kicap cair, kicap manis, madu & minyak bijan. Portion yang digunakan lebih kurang sama untuk semua kicap & madu. Perapkan ayam dalam 1 jam.
Lepas 1 jam, masukkan ayam dalam dulang pembakar & grill dalam oven pada suhu 160 darjah sehingga ayam nampak garing sedikit. Aku balik2kan ayam atas & bawah supaya sama rata masak & garingnya.
Ini la rupa ayam yang telah siap digrill
Ok, settle bab ayam. Sekarang ni basuh beras dan gunakan sebahagian sup mengikut sukatan (aku ikut sukatan jari) untuk masak nasi instead of guna air putih biasa. Tak payah la nak tumis2 bagai, terus tanak je nasi guna kuah sup tadi. Kalau nak nasi ayam bertambah sedap, guna la beras yg mahal skit i.e beras basmathi.

Selain dari ayam, untuk nasi ayam yang sedap kena ada kuah cili yang meletop! So, resipinya asalnya di sini ihsan dari blog potretkasih


Sos Cili Nasi Ayam Hainan Potret Kasih
6 batang cili merah
2 biji buah tomato ( aku pakai sebijik je yang saiz besar)
3 ulas bawang putih
1  inci halia
4-5 sudu besar cuka atau jus limau (aku pakai jus limau)
2 sudu besar gula
1 sudu makan garam
sedikit air masak

Bahan-bahan ni disatukan semuanya dan dikisar sampai hancur. Sesuaikanla rasa ikut tekak masing2. Gambar x sempat nak ambik sebab masing2 masing dah kelaparan.

Untuk kicapnya pulak, jus ayam yang dipanggang tu di masukkan 2 @ 3 sudu sos tiram dan didihkan sebentar dalam kuali. Kalau jusnya terlalu sikit, tambahkan sikit dengan sup ayam tadi. Takpun kalau ikut anak2 aku, ko guna je kicap manis cap kipas udang tu :-)

Untuk hidangkan ayam, aku hiaskan dengan daun salad & timun jepun yang dipotong serong.

3 comments: