Monday, November 8, 2010

PART 2: TRIP TO DANGA BAY - SINGAPORE CITY - UNIVERSAL STUDIO

Kali ni nak cerita pasal perjalanan ke Singapore Flyers untuk Singapore City sightseeing tour plak. Trip kira trip gamble je i.e main belasah je. Cari info kat internet & ambik public transport. Memang mencabar sungguh, bukan sightseeing tournye. Tapi nak lepas CIQ JB & CIQ woodlands. ni kira main entrance ke Singapore untuk orang Malaysia yang kerja @ belajar kat Singapura. Jadi boleh bayangkan la berapa ramai manusia kat situ. masa nak masuk singapore tu x la ramai sebab dah lepas peak hours. tapi masa nak balik dalam pukul 7 lebih dari Keranji MRT ke woodlands & woodlands ke CIQ JB punye la ramai manusia. sebab abg teksi yang kita org naik pagi tu bagi tau, org Singapore suka turun JB start ari Jumaat sampai la Sabtu sebab kat JB barang2 murah & banyak tempat boleh pergi.


kita org bertolak dalam pukul 9.15 pagi dr tune hotel ke CIQ JB naik teksi. pastu masuk kat imigresen, cop pasport & naik la bas ke woodlands. Sampai woodlands, kena turun dari bas & pergi kaunter untuk cop pasport imigresen. tapi sebelum tu, nak masuk Singapore ni kena isi disembarkation form tau. kat form ni kebanyakan maklumat yang dia nak sama je dengan yang ada kat pasport Malaysia tu. so, isi la kat kaunter form tu & setiap seorang kena isi satu form tau. puas la aku mengisi 3 form sementara babah dok layan hadi yang lasak sungguh tu. pastu baru lah boleh beratur (ye...beratur ye tuan/puan. nasib la kalo ramai tunggu la turn) kat kaunter imigresen woodlands sebelum dapat cop pasport. dah settle cop mengecop ni sila la turun balik ke ground floor & ambik la bas ke Keranji MRT. (Ye tuan / puan..kaunter cop mengecop pasport ni kat tingkat 1. puas la naik escalator, pastu kena jalan skit, isi form, beratur cop pasport & turun balik ke ground floor & ambik bas ke Keranji MRT). Sape la punye idea buat kaunter kat tingkat 1 ni.



Sampai kat Keranji MRT, tanya la kak yang jual tiket tu, camne nak ke Singapore Flyers. kenapa nak ke Singapore Flyers?? Sebab kat situ ada banyak kaunter sightseeing tour punye agency. so, sampai sana bleh la pilih nak guna tour agent yg mana.

Kami diadvisekan naik MRT dari Keranji ke Bishan. Pastu tukar naik MRT Central Circle @ City Crcle ( dah lupa plak) dari Bishan ke Esplanade.






Jalan kaki skit sampai la ke Singapore Flyers.


Sampai kat Singapore Flyers, kita org ambik RMG Singapore City Tour. Kosnye dalam SD32


Sementara tunggu bas persiaran, kita org lepak jap kat Singapore Flyers tu..x naik pun sebab dulu dah naik Eye on Malaysia...lebih kurang je la kalo naik ni pun. Cumanye dia lebih besar & canggih la.


No comments:

Post a Comment