tangguh dulu citer gi jalan2 ke universal studio ye. ni ada cerita yg meng'hangat'kan diri.
isnin lepas, pagi2 dah makan roti canai 2 keping (maklum le lapar sesangat). selesai je makan perut pun mula la memulas mulas. apa lg dekat 3 @ 4 kali gak gi toilet menunaikan hajat. rasa nak pitam & badan pun lemah je. masuk bilik, tutup lampu & pejamkan mata sekejap. pastu konon2 nak mula la buat kerja, tp tetiba rasa mcm x selesa & nak gi toilet. sampai je kat toilet lepas buang air kecil, ternampak la ada fluid warna light brown kat panties. pastu bila lap dgn tisu, ada lagi kluar. mula la kepala pun rasa berpinar, air mata pun mula la bergenang. ye mmg aku ni cepat panik kalau bab2 ni sebab aku pernah miscarriage dulu. so, memang fobia & trauma la kalo jadi sekali lg.
aku pun terus call hubby & bagi tau sambil dah menangis sedu sedan masa tu. aku inform dia nak balik & pergi demc. hubby pun try call demc & bg tau aku nak jumpa dr.z, tp nurse kt org ramai sgt ari ni. takut x sempat so, diadvisekan jumpa medical officer dulu & kalau apa2 doktor akan refer kat dr. z la. so, aku pun gerak la gi demc dr putrajaya & hubby promise to call me every 5 minutes sbb dia x dpt melepaskan diri from ofis at that time.
sampai kat demc, gi klinik & x lama tunggu dapat la jumpa dr. r ni. dia pun scan la perut aku nak tengok rahim & kandungan. dia tekan scan tu ala2 manja kat perut aku & nampak la kantung dalam rahim aku, tapi x nampak fetus kat dalam kantung tu. & dia kata dr. z sblm ni pun catat dlm fail aku yg x de apa2 lagi dalam kantung aku masa last check up @ 27th Okt.
so, dr. r ni pun dengan bangganya telah membuat assumption mcm ni : 'ok puan, saya rasa kandungan ni mcm x menjadi. sebab dah masuk 7 minggu tapi x nampak apa lagi. itu pasal la pn selalu bleeding" pastu dia diam sekejap bila tengok muka aku yg dah semacam ni. pastu dia sambung lagi "dalam kes mcm ni ada 2 option je. nampaknye pn kena buat D&C atau pun pun nak tunggu dalam 1 minggu lagi, baru nak decide mcm mana" aku x dpt la bgi jawapan masa tu. sbb aku mengharapkan dia refer la dulu kes kat dr. z memandangkan dr. z tu specialist yang treat aku selama ni. tp nampaknye mcm dia plak yg pepandai bg option kat aku without referring to dr. z. nak jadi cerita...sebab aku dah macam x betul skit bila dgr apa yg dr. r tu cakap, dia pun bagi aku MC 2 hari. suruh berehat dulu & berfikir.
pastu aku pun call & cerita kat hubby. dia pun risau gak la. tapi mcm biasa dia control macho je. yelah kalo dia sedih, nanti aku lagi la teruk & demotivated sungguh. hubby aku pun cadangkan supaya aku jumpa gak dr. z. & aku decide nak jumpa ari rabu 3rd Nov. so, aku ambil EL rabu tu. sebab kalo pergi kerja pun, hati & perasaan x menentu.
masuk je bilik dr. z, dia pun tanya aku " ok, XXX macam mana? muka nampak letih je. dah mula loya2 ke" lembutnya la suara dia (lembut bukan macam nyah tau, tp mcm fatherly & very concern) aku pun kata la "x saya ok je. cuma isnin tu mcm kena food poisoning & ada keluar brownish fluid lagi. tapi x lama, sekejap je dah stop kluar"
dr. z pun kata x pe. awal2 memang mcm tu sebab byk perubahan dalam badan & pregnancy masih awal sgt lg. so, dia pun suruh la aku baring & dia nak scan. nak dijadikan cerita, dr. z letak je scan tu kat perut aku terus nampak kantung & denyutan fetus kat dalam kantung tu. ya Allah punye la sukanye aku. kalau bleh time tu gak nak melompat kegembiraan. dr. z kata mungkin aku silap kiraan last period. so, kandungan masih terlalu awal & x dpt detect dek scan machine tu ms 1st time jumpa dia on 27th Okt, tu sebab dia kata nak jumpa 2 minggu lepas tu (i.e. 10th Nov). tapi sebab aku ada complication ni, aku jumpa dia awal la. & memandangkan dia dah nampak ada denyutan jantung dalam rahim aku, so, dr. z akan jumpa aku balik 1 bln lagi la. wah leganya.... syukur alhamdulillah
mesti korang tertanya kan..nape aku x ngadu @ bg tau dr. z pasal apa yg dr. r tu kata. hmmmm x kose aku nak ingat2 lagi kisah dr. r. buat sakit hati je. x keruan aku dibuatnya ms 2 hari MC tu. lagi pun yg penting dr. z dah confirmkan ada denyutan jantung dalam rahim aku. dr. z pun suruh aku continue makan DUPHASTON untuk 2 minggu lagi.
conclusionnya:
dr. z (specialist) x ambik keputusan terburu2 bila tau yg x jumpa fetus @ denyutan jantung dalam kantung kat rahim aku. tapi dia decide bagi masa 2 minggu sebelum aku kn dtg balik untuk follow up. my opinion: he make the right decision 7 x terburu2 bt keputusan 7 pd masa yg sama pandai jaga hati patient dia (i.e. he's very sensitive towards his patient's punye perasaan)
dr. r: hampeh..dah la scan ala2 manja. dah tu pandai2 plak bg option kat aku. bukan nak refer kat dr. z selaku aku punye specialist. sesuka ati dia je ckp aku kn buat D&C la. kata kandungan aku x menjadi la. x pikir langsung perasaan aku ni. cakap ikut sedap mulut je.
akhirnya...segala kerisauan dah terungkai. tapi aku kena berhati2 gak. sebab kandungan ni masih baru. so, x bleh lasak2 & ganas2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OMG!!!!!!! - DR razman tu memang lah! aku rasa mamat tu macam mental la siti oiiiii - aku tak suka saat pertama kali aku betemu dia boleh? kat demc lah. hmmm now dah baca cite kau CONFIRM AKU TAK NAK JUMPA DIA DAN TAK NAK DI RAWAT OLEH DIA.
ReplyDeleteP/S: DR GHULAM okey i like
sampai skrg ni aku sakit hati je tgk muka dia. nak je aku sua kan Hana tu kat dia & kata " ni la baby yg doc suka hati buat d&c dulu tu"
Delete