Monday, November 8, 2010

PART 3 - TRIP TO DANGA BAY - SINGAPORE CITY - UNIVERSAL STUDIO


Mana RMG City Tour ni bawak kita org pergi...adala beberapa tempat. Kebanyakannye lalu je. Ada la dua 3 @ 4 tempat yg kita org turun & jalan2 untuk amik gambar. kalau nak turun semua tempat memang dah sah2 x sempat la nak abis tour sebelum pukul 6 petang.

X sampai setengah perjalanan, hadi dah tido. maklumla bas ada air cond kan. Badan plak dah penat dok berlari sana sini sejak dari tune hotel sampai la ke Singapore Flyers. Sudahnye aku & hubby je la yg bergambar.

Ini la tempat2 yang kita org sempat singgah & tengok

Raffles Hotel

Marina Bay Sands & Bumboat ride


Esplanade


City Hall


Orchard Road


Chinatown



Little India


Civilian Memorial War



Last stop kat Botanic Garden, tp sebab hari dah nak hujan. So, aku pun x la turun pergi tengok. Hadi pun x bangun2 tido lagi masa tu. Dah abis tour, bas persiaran tu drop kita org kat Marriot Hotel, Orchard Road. So, kita org pun ambik la MRT kat Orchard Road terus ke Keranji MRT. Punye la ramai org masa tu. Hubby aku kata dah macam gurkha plak rasanye. Yelah bergegas ke sana kemari naK lepas dua2 ICQ. Nak naik kereta, x familiar dengan jalan kat Singapore. Nak ambik tour package, lebih kurang RM1500 satu kepala untuk dewasa. x kuasa la aku nak bayar lebih kurang RM3000.

PART 2: TRIP TO DANGA BAY - SINGAPORE CITY - UNIVERSAL STUDIO

Kali ni nak cerita pasal perjalanan ke Singapore Flyers untuk Singapore City sightseeing tour plak. Trip kira trip gamble je i.e main belasah je. Cari info kat internet & ambik public transport. Memang mencabar sungguh, bukan sightseeing tournye. Tapi nak lepas CIQ JB & CIQ woodlands. ni kira main entrance ke Singapore untuk orang Malaysia yang kerja @ belajar kat Singapura. Jadi boleh bayangkan la berapa ramai manusia kat situ. masa nak masuk singapore tu x la ramai sebab dah lepas peak hours. tapi masa nak balik dalam pukul 7 lebih dari Keranji MRT ke woodlands & woodlands ke CIQ JB punye la ramai manusia. sebab abg teksi yang kita org naik pagi tu bagi tau, org Singapore suka turun JB start ari Jumaat sampai la Sabtu sebab kat JB barang2 murah & banyak tempat boleh pergi.


kita org bertolak dalam pukul 9.15 pagi dr tune hotel ke CIQ JB naik teksi. pastu masuk kat imigresen, cop pasport & naik la bas ke woodlands. Sampai woodlands, kena turun dari bas & pergi kaunter untuk cop pasport imigresen. tapi sebelum tu, nak masuk Singapore ni kena isi disembarkation form tau. kat form ni kebanyakan maklumat yang dia nak sama je dengan yang ada kat pasport Malaysia tu. so, isi la kat kaunter form tu & setiap seorang kena isi satu form tau. puas la aku mengisi 3 form sementara babah dok layan hadi yang lasak sungguh tu. pastu baru lah boleh beratur (ye...beratur ye tuan/puan. nasib la kalo ramai tunggu la turn) kat kaunter imigresen woodlands sebelum dapat cop pasport. dah settle cop mengecop ni sila la turun balik ke ground floor & ambik la bas ke Keranji MRT. (Ye tuan / puan..kaunter cop mengecop pasport ni kat tingkat 1. puas la naik escalator, pastu kena jalan skit, isi form, beratur cop pasport & turun balik ke ground floor & ambik bas ke Keranji MRT). Sape la punye idea buat kaunter kat tingkat 1 ni.



Sampai kat Keranji MRT, tanya la kak yang jual tiket tu, camne nak ke Singapore Flyers. kenapa nak ke Singapore Flyers?? Sebab kat situ ada banyak kaunter sightseeing tour punye agency. so, sampai sana bleh la pilih nak guna tour agent yg mana.

Kami diadvisekan naik MRT dari Keranji ke Bishan. Pastu tukar naik MRT Central Circle @ City Crcle ( dah lupa plak) dari Bishan ke Esplanade.






Jalan kaki skit sampai la ke Singapore Flyers.


Sampai kat Singapore Flyers, kita org ambik RMG Singapore City Tour. Kosnye dalam SD32


Sementara tunggu bas persiaran, kita org lepak jap kat Singapore Flyers tu..x naik pun sebab dulu dah naik Eye on Malaysia...lebih kurang je la kalo naik ni pun. Cumanye dia lebih besar & canggih la.


Sunday, November 7, 2010

menu org malas & x sedap tekak


ini la dia menu org malas. Tekak plak x tau nak makan apa. Sudahnye tadi jumpa pucuk keledek kt pasar tani sect 13. So, masak goreng sambal belacan. Pastu ada daging stir fry kt dlm peti ais. Masak la daging stir fry tambah la dgn sayur kacang sepat & baby corn. Cari cili benggala x jumpa plak td. Jadi kurang la skit meriahnya. Dah tu lupa plak, kalau tambah cendawan mesti lg best kan? Nak resepi penuh? Ni lah dia resepi main campak2 je :-)

Daging Stir Fry Masak Sos Tiram
Daging (stir fry) slalu dah ada kat tesco @ giant yg siap2 potong kecil2
1 labu Bawang merah / Bawang Holland (yg warna kuning tu)
3 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
Sos tiram
Baby corn
Kacang sepat
Cendawan butang (dalam tin) @ Cendawan tiram
Lobak merah disagat kasar & panjang2
Cili merah @ Cili benggala merah
Minyak untuk menumis

Tumis bawang merah @ bawang holland, bawang putih, cili merah @ cili benggala merah, & halia.
Masukkan daging stir fry & cendawan sebab nak daging & cendawan betul2 masak, tumis sekejap.
Lepas tu masukkan kacang sepat, baby corn & lobak merah. gaul2 skit.
Masukkan plak sos tiram ikut rasa & tambahkan skit air kalau pekat sangat. tutup skit kuali untuk stimkan bahan2 tadi. Jangan lama sangat k, sebab x nak sayur terlalu masak & lembik sangat. Biar ranggup, sedap skit nak makan
Resepi ni x pakai garam ye sebab sos tiram tu pun dah cukup rasanye.

Daun @ Pucuk Keledek Tumis Sambal Belacan

10 biji cili Api (ikut kepedasan yang nak & berapa banyak daun keledek yang digunakan)
2 ulas bawang Putih
4 ulas bawang merah
Belacan 1/2 inci
1/2 gengaman ikan bilis
Garam
Pucuk @ daun Keledek
Minyak untuk menumis
Sedikit air supaya berkuah

Blenderkan (maklumla rajin malas nak menumbuk) cili api, bawang merah, bawang putih & belacan sampai lumat @ hancur
Masukkan ikan bilis & blender sekejap. jangan sampai ikan bilis lumat k.
Tumis bahan yang dah diblender sampai naik minyak.
Masukkan daun @ pucuk keledek yang telah dipotong @ disiang & dibasuh. Masukkan sedikit air
Kacau dan tutup kuali untuk stimkan bahan2 & sayur tadi. Jangan lama sangat nanti daun @ pucuk keledek tu jadi lembik sangat. geli plak nak masuk tekak nanti.

Ok...kalau ada masa cuba lah ye.

Thursday, November 4, 2010

syukur alhamdulillah..bikin gempar je

tangguh dulu citer gi jalan2 ke universal studio ye. ni ada cerita yg meng'hangat'kan diri.

isnin lepas, pagi2 dah makan roti canai 2 keping (maklum le lapar sesangat). selesai je makan perut pun mula la memulas mulas. apa lg dekat 3 @ 4 kali gak gi toilet menunaikan hajat. rasa nak pitam & badan pun lemah je. masuk bilik, tutup lampu & pejamkan mata sekejap. pastu konon2 nak mula la buat kerja, tp tetiba rasa mcm x selesa & nak gi toilet. sampai je kat toilet lepas buang air kecil, ternampak la ada fluid warna light brown kat panties. pastu bila lap dgn tisu, ada lagi kluar. mula la kepala pun rasa berpinar, air mata pun mula la bergenang. ye mmg aku ni cepat panik kalau bab2 ni sebab aku pernah miscarriage dulu. so, memang fobia & trauma la kalo jadi sekali lg.

aku pun terus call hubby & bagi tau sambil dah menangis sedu sedan masa tu. aku inform dia nak balik & pergi demc. hubby pun try call demc & bg tau aku nak jumpa dr.z, tp nurse kt org ramai sgt ari ni. takut x sempat so, diadvisekan jumpa medical officer dulu & kalau apa2 doktor akan refer kat dr. z la. so, aku pun gerak la gi demc dr putrajaya & hubby promise to call me every 5 minutes sbb dia x dpt melepaskan diri from ofis at that time.

sampai kat demc, gi klinik & x lama tunggu dapat la jumpa dr. r ni. dia pun scan la perut aku nak tengok rahim & kandungan. dia tekan scan tu ala2 manja kat perut aku & nampak la kantung dalam rahim aku, tapi x nampak fetus kat dalam kantung tu. & dia kata dr. z sblm ni pun catat dlm fail aku yg x de apa2 lagi dalam kantung aku masa last check up @ 27th Okt.

so, dr. r ni pun dengan bangganya telah membuat assumption mcm ni : 'ok puan, saya rasa kandungan ni mcm x menjadi. sebab dah masuk 7 minggu tapi x nampak apa lagi. itu pasal la pn selalu bleeding" pastu dia diam sekejap bila tengok muka aku yg dah semacam ni. pastu dia sambung lagi "dalam kes mcm ni ada 2 option je. nampaknye pn kena buat D&C atau pun pun nak tunggu dalam 1 minggu lagi, baru nak decide mcm mana" aku x dpt la bgi jawapan masa tu. sbb aku mengharapkan dia refer la dulu kes kat dr. z memandangkan dr. z tu specialist yang treat aku selama ni. tp nampaknye mcm dia plak yg pepandai bg option kat aku without referring to dr. z. nak jadi cerita...sebab aku dah macam x betul skit bila dgr apa yg dr. r tu cakap, dia pun bagi aku MC 2 hari. suruh berehat dulu & berfikir.

pastu aku pun call & cerita kat hubby. dia pun risau gak la. tapi mcm biasa dia control macho je. yelah kalo dia sedih, nanti aku lagi la teruk & demotivated sungguh. hubby aku pun cadangkan supaya aku jumpa gak dr. z. & aku decide nak jumpa ari rabu 3rd Nov. so, aku ambil EL rabu tu. sebab kalo pergi kerja pun, hati & perasaan x menentu.

masuk je bilik dr. z, dia pun tanya aku " ok, XXX macam mana? muka nampak letih je. dah mula loya2 ke" lembutnya la suara dia (lembut bukan macam nyah tau, tp mcm fatherly & very concern) aku pun kata la "x saya ok je. cuma isnin tu mcm kena food poisoning & ada keluar brownish fluid lagi. tapi x lama, sekejap je dah stop kluar"

dr. z pun kata x pe. awal2 memang mcm tu sebab byk perubahan dalam badan & pregnancy masih awal sgt lg. so, dia pun suruh la aku baring & dia nak scan. nak dijadikan cerita, dr. z letak je scan tu kat perut aku terus nampak kantung & denyutan fetus kat dalam kantung tu. ya Allah punye la sukanye aku. kalau bleh time tu gak nak melompat kegembiraan. dr. z kata mungkin aku silap kiraan last period. so, kandungan masih terlalu awal & x dpt detect dek scan machine tu ms 1st time jumpa dia on 27th Okt, tu sebab dia kata nak jumpa 2 minggu lepas tu (i.e. 10th Nov). tapi sebab aku ada complication ni, aku jumpa dia awal la. & memandangkan dia dah nampak ada denyutan jantung dalam rahim aku, so, dr. z akan jumpa aku balik 1 bln lagi la. wah leganya.... syukur alhamdulillah

mesti korang tertanya kan..nape aku x ngadu @ bg tau dr. z pasal apa yg dr. r tu kata. hmmmm x kose aku nak ingat2 lagi kisah dr. r. buat sakit hati je. x keruan aku dibuatnya ms 2 hari MC tu. lagi pun yg penting dr. z dah confirmkan ada denyutan jantung dalam rahim aku. dr. z pun suruh aku continue makan DUPHASTON untuk 2 minggu lagi.

conclusionnya:

dr. z (specialist) x ambik keputusan terburu2 bila tau yg x jumpa fetus @ denyutan jantung dalam kantung kat rahim aku. tapi dia decide bagi masa 2 minggu sebelum aku kn dtg balik untuk follow up. my opinion: he make the right decision 7 x terburu2 bt keputusan 7 pd masa yg sama pandai jaga hati patient dia (i.e. he's very sensitive towards his patient's punye perasaan)

dr. r: hampeh..dah la scan ala2 manja. dah tu pandai2 plak bg option kat aku. bukan nak refer kat dr. z selaku aku punye specialist. sesuka ati dia je ckp aku kn buat D&C la. kata kandungan aku x menjadi la. x pikir langsung perasaan aku ni. cakap ikut sedap mulut je.

akhirnya...segala kerisauan dah terungkai. tapi aku kena berhati2 gak. sebab kandungan ni masih baru. so, x bleh lasak2 & ganas2.

Tuesday, November 2, 2010

dugaan...

emotionally & physically unstable :-( esok tpaksa jumpa dr z. Berharap sgt x de yg serius. Ya Allah, lindungi lah diriku & kandunganku.

Monday, November 1, 2010

PART 1: trip to JB - Singapore City - Universal Studio



sepanjang vacation ni, kita org stay kat tune hotel. reasonnya pilih tune hotel ni sebab murah (RM260 utk 4h/3m) & ada coach service dari danga bay ke Universal Studio Singapore.

w/pun biliknye x la sebesar mana & x de swimming pool, kita org x kisah sebab bkn dok memerap kat bilik je. celik mata je bersiap nak gi singapore. bilik kat tune hotel ni beza skit sbb x de gantung gambar2 tapi penuh dengan iklan.





toiletnye pun kecik tapi sesuai la dgn harganya kan...



dapat je masuk bilik, mula hadi buat QC. memula skali, dok jakun dengan suis lampu. sib baik x meletup mentol tu.


dah tu plak, hadi main2 peti besi yg ada kat bilik. x pasal2 peti besi tu terkunci & passwordnye x sape tau except hadi sorang (dah tentu2 la dia x tau apa yg ditekannya kan)

1st day sampai JB lepak2 kat bilik jap. pas2 pergi luncah kat plaza angsana. balik dari angsana buat tahi mata jap, sebab kepenatan terpaksa drive sendiri. sblh malam plak bawa hadi pergi danga bay, main2 kat theme park dia.