Monday, March 7, 2011

PART 3: TERINGINNYAAA

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....



Satu lagi wishlist. Ari tu dah dapat whoopie pie. Kali ni cuba buat sendiri Chilled Mango Cheesecake guna resipi Che Mat Gebu. kalau teringin nak buat, sila la singgah blog CMG ye, ada resepinya kat sana. x ubah apa2 pun, maklumla amatur kan. Ku ikutkan aje la resepi CMG tu :-) walaupun rupanye sememeh, tapi rasanya ok.

Ni antara bahan2 penting la.





Actually dah lama nak buat tapi mengenangkan payah benar nak dapat gelatin halal. Terpaksa la tangguh. Tapi sudahnye berjaya gak la beli gelatin halal kat kedai jual barang2 bakeri kat sect 7, shah alam.

1st time buat cheesecake ni...sambil buat sempat gak la snap gambo hihihi :-)))

memula blender biskut digestive tu sampai jadi serbuk. pastu campur kan mentega yang dah dicairkan sikit2 sampai la serbuk tu boleh dikepal. tekan adunan biskut tadi dalam tin pembakar & sejukkan dalam peti ais sampai dia keras.



ni lepas putar cream cheese dengan gula plus puri mangga black gold (itu pasal la kuning bukan main lagi)

ni plak whipping cream yang dah diputar sampai kembang & gebu. campur dgn adunan cream cheese tadi


dah kaup balik sampai sebati masukkan plak gelatin yang dah dikacau dengan air suam. pastu masukkan mangga yg dah dipotong dadu. gini la rupanyer...


tuang dalam tin yang dah siap basenye tadi.


pastu boleh la masukkan dalam peti sejuk & tunggu la beberapa jam sampai beku. letak kat tempat biasa je ye. x payah la masuk kat tempat freezer tu. nanti keras kematu la plak nak makan.


dah keras...tunggu apa lagi! jom ngap :-))sememeh la rupanyer. maafkan la ibu mengandung ni ye.


maaf la ye...mutu gambar kurang memuaskan. maklum la pakai HP cikai je :-))

No comments:

Post a Comment