Tuesday, August 23, 2011

ALMOND LONDON

Lagi biskut raya yang berjaya disiapkan. Kali ni Almond London. Ni memang favorite aku la, sebab ada hazel & coklat kan??? Hadi pun suka, x sempat nak salut coklat dah berapa biji biskut tu dikebasnya. Sedap ibu sedap..katanya. Hilang penat buat biskut bila anak suka makan & cakap sedap.

Mula2 siapkan biskutnye dulu...2 tiga hari lepas tu baru la buat keja2 mencelup coklat. Ini la hasilnya

Buat 2 adunan, dapat la 4 botol. 2 botol untuk mama, 1 botol untuk adik ipar & 1 botol lagi dah tentu la untuk umah tukang buatnye

Ok..ni resepinya. resepi ni pun x ingat dah ambik kat mana.

Almond London

Biskut:-
250gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang sudah dibakar @ panggang dalam oven

Untuk hiasan:-
Coklat masakan
Almond nibs (dipanggang sekejap dalam oven)
Cawan kertas

Cara:-
1. Pukul gula & mentega sampai kembang.
2. Masukkan telur & esen vanila & gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit & gaul rata lagi.
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Letakkan badam di tengah-tengah sebagai inti & bulatkan @ bujurkan adunan.
6. Bakar pada suhu 180 sehingga masak.
7. Selepas biskut masak, sejukkan dulu baru dicelupkan dengan coklat masakan.
8. Lepas celup, masukkan dalam cawan kertas & taburkan almond nibs.
9. Bila coklat dah keras bolehla disusun dalam bekas.

Nota:-
1. Ada orang suka letak lemak sayuran masa cairkan coklat masakan. But me, lagi suka rasa coklat 100%
2. Nak senang cairkan coklat masakan, masukkan je coklat masakkan yang dah dipotong kecil2 dalam kole besi & panaskan dalam oven. Bila dah mula cair, kacaukan sikit dengan sudu & masukkan semula dalam oven sampai coklat x berketul lagi.
3. Almond kena panggang dulu sebelum digunakan, jadi sedap la rasanya.
4. Kalau nak senang, siapkan biskut dulu banyak2. Lepas tu bila2 senang, baru celupkan biskut2 tu dengan coklat.
5. Ada orang tuang je coklat masakan tu dalam cawan kertas yg ada biskut, nak senang kerja katanya.


No comments:

Post a Comment