Tuesday, August 23, 2011

EMAS NAIK HARGA LAGI!!!

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Nampaknya harga emas naik lagi. Hari ni kat berita harian kata dah naik RM180 segram. Jumaat lepas gi kedai pak habib, cuba2 cincin. Iyalah..cincin merisik, tunang & nikah dah x muat nak pakai.

Ada la sebentuk cincin tu, memang dah berkenan sebab cute ada ukiran bunga jasmin kecik2. Tapi bila suruh SA tu kira harga, terus berkira2 nak beli. Berat baru 4++gram dah RM700 termasuk upah. Hmmmm..pikir punye pikir x jadi la beli cincin tu. Lagi baik simpan duit bawa family gi cuti mana2, lagi best.

Pikir2 lagi, kalau cincin seberat tu dah RM700...kalau bracelet lagi berat lagi la mahal. Berangan aje la aku nak tukar bracelet huhuhu.

Apa sebabnya emas naik ye? Dah tentu la sebab permintaan kan?? sila la baca ye



p/s: Sesape yg nak tunang @ nikah tu siap sedia la duit berkepuk ye...

No comments:

Post a Comment