Tuesday, October 4, 2011

CEPATLAH SIHAT ANAK2 KU

aduhaiiii..berdenyut2 kepala, mata pun dah rabak mcm mata panda. Kalau la dapat tido dengan aman walaupun satu jam amatlah seronoknya.

Hadi & Hana x sihat. Hana batuk & selsema dah beberapa hari. Sampai kena ambik neb dekat 4 kali. Dah tu sebab kesian, aku sedut kan hidung dia bg hingus keluar. Geliii???? Lupakan semua tu demi anak tercinta hokeyyy.

Hadi pulak tonsilnya dah bengkak. Boboy ni kalau tonsil bengkak sure demam & akan muntah2. Kesian kat dia. Kekadang tu abis susu sebotol yang dia minum semua keluar balik. Mula la plak kena basuh segala toto, selimat & sarung bantal. Nasib baik x tidur atas katil. Kalo x gigil la nak menjemur tilam.

Yang paling aku takut kalau Hadi kena sawan tarik masa demam. Tak sanggup la nengoknya. Masa aku pregnant 8 bulan dulu & tunggu ari je nak bersalin, Hadi kena sawan tarik 2 kali dalam sehari. Masa 1st time kena tu, abah & aku je ada kat rumah. Walau pun perut ni sangat la sarat, gigih jugak dukung hadi yg 16kg sambil berlari anak dari bilik ke singki kat dapur sebab nak sejukkan kepala & badan dia dengan air. Dah la singki tu tinggi skit. Sambil dok mendukung tu sambil la menjerit panggil abah aku. Bila dipikir2kan balik x tau la mana datang semua kekuatan tu. Takutkan kena sawan tarik kali ketiga, petang tu lepas babahnya balik keja terus surrender kat Dr. Koshy & Hadi kena tahan wad sampai la aku keluar hospital lepas bersalin.

Baru lepas bersunat. Mata berair sebab selsema & batuk
Memula risau gak Hana demam sebab batuk & selsema. tapi nampaknye Hana ni kuat gak semangat dia. Setakat ni x de la demam. Dia plak jenis yg pandai skit batuk2 sampai keluar lendir2 putih, kahak dia lah agaknya tu kan. Sebab batuk & selsema nampak pipinya yg tembah tu dah surut skit.

Malam ni kena tido berjaga2 la lagi selagi dua2 org anak kesayangan tu x sihat betul2.

2 comments:

  1. akak kalau anak sawan akak wt mcm mana? risau jgk ya...anak2 tak sihat susah hati ibu... cepat baik ya hadi hana.

    ReplyDelete
  2. mak akak pesan bila budak kena sawan tarik, kita mengiringkan badan dia & sejukkan kepala & badan dengan tuangkan air kat bahagian kepala & belakang badan. tp make sure air yg dituang @ curah tu x masuk mulut @ telinga budak tu.

    tujuan kita mengiringkan badan tu supaya budak tu x tertelan air liur dia & tersedak masa sawan.

    dulu ada jugak org pesan kalo anak kena sawan sendalkan sudu @ jari antara gigi atas & bawah budak tu. tp dr. akak pesan semua tu x boleh diamalkan. mana tau benda yg kita guna untuk sendalkan tu patah @ berdarah & termasuk dalam tekak budak tu kan naya punye kes.

    ReplyDelete