Tuesday, February 14, 2012

ANAKKU YANG SEORANG LAGI

Sebenarnya memang nak citer pasal Hana. Tapi asyik hangat2 tahi ayam je kan. Mana x nye gambar Cik Dibab tu merata. Dalam laptop babahnye, dalam hand phone ibunye la, dalam desktop opis ibunye pun ada.

Ok la...jom korek2 mana gambar yang ada tu. Nanti macam x adil plak kan x cerita pasal dia langsung.

Cik Dibab ni dah genap 9 bulan on 12 Feb yang lepas.

Dah 3 batang gigi nak kluar. Tu yang dok meleleh je air liur sampai basah2 baju. Hana ni kira kuat la jugak sebab x de demam. Kalau Hadi dulu nak meniarap demam, nak merangkak demam, nak tumbuh gigi demam. Letih ko
Dah pandai duduk
Tapi kekadang bila dah syok sangat main, tergolek gak. Kalo kat rumah dah standby bantal sebiji kat belakang Hana.
Dah pandai babai orang. Tapi orang yang dia kenal aje la. Kalau babai mesti nak babai dengan dua2 belah tangan.
Dah pandai merangkak. Abis la sana sini dia merantau. Ke dapur je x reti lagi. Kalau kat rumah nenek, naik walker habis dilanggar segala barang & orang yang ada. 
Cuba fokus apa yang jari telunjuk cinonit tu tengah buat. Apa lagi tengah dok kutip la apa yang ada kat lantai tu. Kadang2 semut halus pun dia nampak. Mana datang semut tu?? Haaa...tanya la Hadi.
Ni kalau Hadi nampak ni memang kena ketuk la Hana. Hana ni memang suka main mainan Hadi. Mainan sendiri x mo main. Karang tengah2 main tetiba melalak. Kalo x abang dia rampas balik mainan, mainan tu tersepok kat muka dia masa main. Kalau diambik mainan tu marah bukan main siap melalak x ingat. 
Habis semua nak masuk dalam mulut. Sedap agaknye kunyah buku tu ye Hana.
Dah 9 bulan mestila dah mula makan kan. Sekarang dah pandai makan biskut Farley. Tapi yang  x laratnye, bila biskut makin mengecil & susah nak pegang, Hana mula la ngamuk. Kena la cepat2 standby biskut baru. Sama je perangai dengan Hadi. Kalau bab ngamuk memang sama je adik beradik ni.

1 comment:

  1. ya allah!!!!!!!!! CUTENYA HANNA!!!!!!!!!
    MAKCIK BOLAT!

    ReplyDelete