Monday, March 19, 2012

SIAPA TAK SAYANG ANAK..

Dulu sejak darjah 2 aku naik bas mini dari Seksyen 19 ke Seksyen 16 nak ke sekolah. Dalam gelap lepas Subuh jalan perlahan2 menuju ke bus stop yang lebih kurang 15-20 minit jauhnye. Syukur alhamdulillah..selamat sampai ke sekolah walapun kekadang tertido dalam bas :-)  Waktu petang pulak kekadang ada latihan sukan dekat sekolah, sampai rumah kekadang dah senja. Pandai2 la aku simpan sikit baki duit belanja RM2  yang mama @ abah bagi setiap hari. Berapa la sangat yang dapat dikumpul. Tambang bas saja dah 80 sen pergi & balik. Budak2 lain mungkin beruntung sebab ibu yang x bekerja boleh hantar & jemput dari sekolah. Ataupun ayah datang naik motor atau kereta untuk hantar & ambik dari sekolah.

Ok...apa yang aku ingin sampaikan??? Ingat lagi kisah Dirang yang hangat seminggu yang lepas. Ramai yang menyalahkan ibunya sebab biarkan anak sendirian ke kedai membeli mee segera & telur. Well...ajal di tangan Tuhan. Ya aku setuju, keluarga Dirang bersalah kerana biarkan anak sekecil itu bersendirian ke kedai. memberikan amanah kepada anak kecil tanpa memikirkan keselamatan anak sendiri. Tapi pemilik kedai juga berkata yang sebelum kejadian setiap kali Dirang ke kedai akan ditemani ibu saudara @ ahli keluarga.

Itu belum lagi kisah anak kecil yang baru sebulan dua pandai berjalan ditemui lemas di sungai berhampiran rumahnya disebabkan ibunya membasuh baju. Kenapa la cuai sangat?? Tak berkunci ke pintu rumah?? Aku ingat lagi masa anak2 buah masih baby, abah akan pasang pagar yang dibuatnya dari kayu dekat pintu rumah & pintu dapur. Jadi cucunya tidak la merayap ke tempat2 yang mendatangkan bahaya. Pagar, pintu @ grill rumah akan dimangga supaya tak dimasuki orang2 yang tidak dikenali.

Zaman sekarang x macam zaman dulu yang mana anak2 kecil bebas bermain di padang permainan. Budak2 sekolah boleh meredah ladang getah dalam gelap subuh untuk menimba ilmu. Sekarang ni siang terang benderang pun macam2 boleh jadi. Lagi la ibu bapa perlu ambil langkah2 keselamatan.

Kesimpulannya...walau sesibuk manapun, walau sekejap waktu pun, jangan la kita biarkan anak2 kita terdedah dengan bahaya. Sebab bila dah terjadi perkara yang tidak diingini, menangis air mata darah pun x dapat menghidupkan kembali anak2 itu.

Al-Fatihah buat Dirang & kanak2 lain yang telah meningalkan dunia ini akibat kecuaian ibu bapa masing2. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lindungilah anak2 & ahli keluargaku dari sebarang kecelakaan dan kemudaratan dan semoga mereka sentiasi dirahmati olehMu. Amin Ya Rabb Al Amin

3 comments:

  1. betul tu ..macam-macam hal yang berlaku sekarang ni kan...takut betullah

    wah dah try msk ikan siakap ek..sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dahhh! sedap la resepi akak. trima ksih bebanyak sebab sudi share resepi :-)

      Delete
  2. Takutnya...lama tak update blog...akak rindu nak tahu progress Hadi

    ReplyDelete