Thursday, March 22, 2012

RESULT SPM

Semalam dah kluar result SPM ye?? Tahniah buat yang berjaya & jangan terlalu gembira @ riak @ lupa diri. Jauh lagi perjalanan. Yang penting pastikan prestasi tu dikekalkan @ lebih baik masa kat U. Bukan apa, ramai gak yang result ok, tapi bila masuk U x bleh survive. Buat yang x achieve target, bersyukurlah dengan keputusan tu. Sebab ramai lagi yang keputusannya lebih teruk @ ada yang x mampu pun nak teruskan persekolahan. Bagi yang tidak berjaya, jadikan satu pengajaran untuk berusaha lebih baik di masa depan. Kalau perlu duduki semula SPM, buatlah. Sebab ada je yang gagal SPM, tapi bila re'sit ' balik dapat pangkat 1 (ehh ada lagi ke pangkat2 ni...tuo dah den ni). 

Kekadang ada orang yang x sesuai dengan pendidikan formal yang lebih kepada teori. Ada yang boleh perform lebih baik dengan pendidikan yang melibatkan amali./praktikal Contohnya, aku ni lebih kepada pendidikan teori. Mungkin sebab tu aku sorang je dalam adik beradik yang dapat pergi U. Yang adik lelaki 2 orang lagi sambung gak study tapi dekat Pusat Kemahiran Kerajaan. Tapi syukur Alhamdulillah memasing boleh berdiri atas kaki sendiri. Banyak peluang kat Pusat Kemahiran yang disediakan Kerajaan ataupun swasta. Buat la pilihan yang sesuai untuk diri memasing. Banyak juga bantuan kewangan untuk sambung pelajaran sekarang ni. Nak kerja sampingan pun boleh, yang penting jangan sampai menganggu pelajaran.

Ibu bapa plak jangan la memaksa anak2 pilih untuk pilih jurusan yang mak bapak suka untuk anak dia org. Berikan mereka ruang untuk memilih setelah diberikan pendedahan terhadap option2 yang ada.

Kepada lepasan SPM, walau apa pun keputusan yang anda dapat itulah yang terbaik untuk ada. Allah ada perancangannya tersendiri. Jangan pandang ke belakang & teruskan hidup kerana keputusan SPM bukanlah pengakhiran kepada masa depan anda. Tapi ianya satu permulaan untuk kita mencorakkan masa depan kita.  

1 comment:

  1. betul tu..ibubapa yang menentukan kerjaya anak-anak, cuma boleh bagi panduan ajer kan

    ReplyDelete