Dulu aku pernah tengok Oprah Winfrey punye talk show pasal vision board. Vision board ni kira macam azam @ impian yang kita tetapkan untuk capai dengan cara meletakkan gambar2 yang melambangkan azam @ impian kita pada sekeping papan @ kertas. pastu papan @ kertas yang ada gambar2 azam @ impian kita tu diletakkan kat tempat boleh kita tengok selalu. contohnye kat dinding cubicle @ partition kita kat opis @ bilik tidur. tujuannya supaya kita sentiasa ingat azam @ impian kita & kita berusaha sungguh2 untuk capai azam @ impian yg kita papar kat vision board tu.
ni antara contoh yg aku jumpa...
balik pada talk show oprah winfrey pasal vision board ni, ada penonton yang dah cuba buat vision board ni dan boleh kata semua yang buat vision board tu dapat capai impian dia org. tapi korang jgn la letak azam @ impian yg merapu. kena la realistik & achievable. contohnya, kalau yg lelaki mungkin azamnye nak berhenti merokok ke @ yg perempuan nak kuruskan badan untuk kesihatan ke, nak beli kereta baru untuk ganti kereta lama yang selalu rosak ke? so, get the idea?
aku tau ada sesetengah org malu nak buat sbb takut gagal capai azam @ impian. lagi satu takut kn perli dgn kengkawan kan?? tp peduli apa dengan ckp2 orang yg suka melemahkan semangat org lain. ambik sindiran @ kutukan dia org tu sebagai satu cabaran. cara nak balas balik sindiran & kutukan tu, berusaha sungguh2 untuk capai azam @ impian kita. caiyokkkk!!!!
so, apa lagi??? aku pun tgh pikir apa nak letak kat vision board aku ni. hmmmmm..nanti dah siap aku post kat sini yek :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment