Tuesday, February 8, 2011

MGTT: part 2

kenapa paras gula ibu mengandung penting untuk diketahui?? (wah!!! ayat macam buku Dewan Bahasa & Pustaka)

well.. ni aku jumpa gambo kat en google yg bleh explain dgn ringkas



ni plak...kesan diabetes pd baby & ibu

Kesan Terhadap Bayi
Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.

Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.

Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.

Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.

Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)

Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.


Kesan Terhadap Wanita Mengandung

Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.

Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.

50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.


ni plak dia punye kadar la yg tentukan ibu tu ada diabetes @ tak


p/s: cuma satu yang aku musykil....walapun aku ni ada diabetes ms pregnant 7 bln, idak la besar pun si hadi tu masa keluar. 2.99kg je. assumption aku, mungkin sebab aku ni dah 7 bulan lebih baru ada diabetes kot. penangan beraya sakan, sumbat semua yg org bagi. huahuahua...

No comments:

Post a Comment