Tuesday, June 29, 2010

Kelas Talam Chef Asma


26hb lepas aku gi kelas talam Chef Asma kat Taman Putra Perdana, Puchong. Siap google map la jalan nak pergi rumah Chef Asma ni. Risau gak x jumpa rumah Chef Asma ni. Siap sesat sampai ke Puchong Perdana. Nasib baik la dpt call Chef Asma & suaminye bagi tau la direction. Cuak gak masa tu, yelah Puchong ni kan sesak skit. Lagipun x pernah pergi Puchong ni. kalau ada pun setakat lalu je on d way nak pergi Putrajaya.

Sebenarnya dah sebulan lebih daftar nak masuk kelas ni. Tapi sebab Chef Asma sibuk dengan kelas-kelas lain & mengajar kat Unitar, baru kali ni la aku dapat pergi kelas dia. Seronok gak pergi kelas ni, sebab peserta yang lain pun sporting. Pergi kelas Chef Asma ni dapat la banyak resepi kuih talam yang boleh dibisneskan :-)

Untuk kelas kali ni, ada 11 orang peserta jadi ada lebih kurang 6 group. Setiap group kena buat 1 jenis talam yang ada dalam buku resepi. Memandangkan ada 2 sesi, jadi setiap group dapat buat 2 jenis talam la ari tu. So, semuanya ada 12 jenis talam yang kita org bleh bawa balik. Yahooooooo!!!

Ini la 12 jenis kuih talam yang sempat buat untuk kelas kali ni:-

1. Talam Serimuka Pandan;
2. Talam Cendol;
3. Talam Tokyo;
4. Talam Caribbean;
5. Talam Puding Marble Jagung
6. Talam Puding Marble Kacang Merah;
7. Talam Jagung;
8. Talam Sekoteng;
9. Talam Suji;
10. Talam Serimuka Delima;
11. Talam Peanut Butter;dan
12. Talam Keladi.

Sambil kita buat talam yang dah di assigned, kita juga dapat tengok dan tolong group lain punya talam. Ini la antara kuih talam yang dapat kita orang siapkan....


Cheaf Asma siap puji kelas kali ni sebab semua kuih talamnye cantik & menjadi. Apa lagi kembang semangkuk la kita org. Hihihi...Chef Asma pun ada buat kelas untuk cupcakes, coklat dan kek. Kalau berminat singgah la kat blog Chef Asma ni. Tapi buat masa ni, blognye x la lengkap lagi sebab dalam proses nak tambah baik katanya.

No comments:

Post a Comment