Monday, June 21, 2010

tempe untuk kecantikan!!!


hihihi, dulu org semua gelak bila mantan MB selangor kata muka dia dah cantik sebab tempe. tp dalam paper berita harian hari ni, confirm tempe memang boleh mencantikkan kulit & melambatkan penuaan. ini kenyataan daripada Penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM ni:

“Tempe adalah bahan semula jadi daripada kacang soya yang boleh mencerahkan kulit dengan cara yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan peluntur dan produk pemutih yang menghakis kulit.

“Saya melakukan kajian terhadap sel kolagen yang dirawat dengan tempe yang sudah diekstrak dan hasilnya menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya. Modul ujian yang dilakukan adalah membandingkan antara sukarela yang menggunakan produk daripada tempe dan sebaliknya,” katanya.

Produk berasaskan tempe itu bukan bertindak memutihkan kulit secara total, tetapi dalam istilah penggunaan kosmetik, produk berkenaan mencerahkan kulit di samping tidak mematikan sel kulit.

Katanya, terdapat empat produk yang sudah dihasilkan daripada tempe iaitu facial cream cleanser, purifying tuning mist, moisturising day cream dan reforming night cream."


Haaaaa...kan betul kata mantan MB selangor tu. Tapi jangan la harapkan muka akan bertukar bujur sirih & hidung menjadi mancung plak ye. Tempe ni untuk memutihkan kulit muka dan melambatkan penuaan je ;-)

Apa lagi pergi la cari, mana tau raya ni masing2 berseri2 wajah. kikiki...Tapi yang pasti aku suka tempe goreng dgn kacang tanah & ikan bilis, tambah plak petai. Sodapnyeeeee

No comments:

Post a Comment