Wednesday, June 9, 2010

AL-FATIHAH BUAT ALANNA QISH

Masa blogwalking...aku terjumpa citer pasal seorang anak kecil Alanna Qish...seorang anak kecil yang berjuang untuk terus hidup. Namun Allah s.w.t. lebih menyayanginye..pilunye bila mula2 baca kisah Alanna di sini. Sedih lagi apabila melihat wajah anak kecil ini di saat2 akhir hayatnyer.

Sebagai seorang ibu, sayu sungguh hati ini melihat dugaan yang ditempuh oleh keluarga ini. Membuatkan aku rasa betapa beruntungnya aku. Aku selalu mengeluh penat berulang-alik dari klang-shah alam-putrajaya untuk bekerja setiap hari. Pukul 5 pagi dah terpacak di dapur menyiapkan bekal anakku. Malam lebih kurang pukul 9 baru sampai ke rumah. Mengemas rumah bersama2 suami ku & melayan anakku yang semakin lasak dari hari ke sehari. Namun, aku alpa bahawa sesungguhnya ada lagi insan yang lebih sukar menjalani hidup seharian.

Alanna Qish...walaupun tidak pernah mengenalimu apatah lagi bersua, ibu percaya Alanna bahagia di samping Penciptamu. Al-Fatihah

Tak mampu lagi berkata2 mahupun menulis lanjut kerana naluri keibuan ini membuatkan aku x berhenti menitiskan air mata.

Ini catatan diari ibu Alanna Qish yang sempat aku baca....

Diari si kecil..

Discharge from HKL, keadaan alanna stabil.maybe dia happy nak balik

8 May - Bertolak ke Melaka, untuk mencuba perubatan kampung..dah pergi 2-3 tempat..kata mereka sawan mayat..Wallahualam..

9 May - Alanna mula meragam..merengek dan tak tidur. Dah 2 hari. Nak 24jam dodoi..Dady la mangsanya.Petang tu bertolak ke Pontian,Johor. Bawa alanna jumpa seorang ustaz ni, dia tolong tengok kalau-kalau ada yang mengganggu. Alanna tak berhenti menangis sepanjang perjalanan dari Melaka ke Pontian.

10 May - Ustaz semalam bawa alanna pergi berjumpa kawannya yang mengamalkan perubatan homoepati..hasilnya sama seperti yang dikatan oleh Dr. di HKL. Katanya organ-organ dalaman alanna mula lemah. Hampir 60% dah rosak. Patut la dia asik merengek. Seperti sesuatu yang di tahannya. Rupa-rupanya dia menahan kesakitan. Kesian sayang alanna, nak bagitau mumy xdapat.

11 May - Bertolak pulang ke Melaka. Tangisan alanna mula kurang. Ustaz di homoepati ada membekalkan sedikit ubat. Harapnya dapat membantu alanna menghilangkan kesakitan.

12 May - Petang tu alanna dessect again..1st time since discharge dr HKL..menggeletar tubuh masa tu..tanpa Dr..tanpa nurse..kami hadapinya sendiri..tp Alhamdulillah nasib baik tak lama dan tak teruk. Situasi pada masa itu cukup cemas. Mama xberhenti menyebut Allah..Allah..dan yang terkejutnya..nadim pun ikut sebut Allah..mukanya serius seolah-olah mengerti apa yang adiknya sedang alami..dia berlari kesana-sini, lepas tu dia datang balik sambil membawa botol air alanna sambil berkata 'nah mumy, ubat adik nun.."..begitu lah alanna..agaknya sepanjang hayatnya terpaksa lalui semua ni..bila-bila masa....nasib mu nak..mumy hanya mampu berdoa agak alanna dapat bertahan..dan mumy tahu ramai diluar sana yang ikhlas mendoakan kesihatan mu nak..terima kasih

16 May - Alanna beransur baik..Alhamdulillah..kurang meragam dan menangis..cuma kadang-kadang dia tak selesa..sedia maklum cuaca di Melaka panas terik..lebih-lebih lagi rumah mertua berdekatan dengan pantai..bahangnya amat terasa sekali..Along buat cukur jambul untuk baby barunya alisya...alanna pun tumpang sekaki sket..hehehe..dady sampai petang sbtu tu sebab minggu ni dady kerja..malam tu dady pusing satu melaka cari susu alanna..susunya special sket..900g rm84..susu AR..khas untuk bayi yang bermasalah..hari ahad dady bawa round naik satu kampung dengan motor.heheh

17 May - Hari ni alanna makin ceria.tersengih-sengih bila bergurau dengan dia...tapi pagi tadi tiba-tiba ternampak tiub alanna di tangannya..pantas sungguh dia menarik keluar tiub tu..agaknya dia xsuka kot..hmm..nak kena pergi hosp. plak nak masukkan tiub ni..mumy tak berani nak masukkan..sementara itu, cuba untuk suap nestuk ..alanna makan sampai habis..memang dia lapar kot..mana taknya..sepatutnya baya dia ni dh makan macam-macam..tapi bila di suapkan susu kemulut alanna sedikit tersedak..merah muka..kesian anak mumy ni..kenapa susah sangat susu tu nak mengalir masuk..tak pe la sayang..nanti di syurga kelak, alanna makan lah sepuas-puasnya..

20 May - She did it again..straight away from Hosp Melaka to HKL and admitted @3a.m..

23 May - Alanna dah kembali stabil..2-3 hari ni asik tido je..mungkin kepenatan lepas kesakitan. Sepatutnya dah boleh discharge hari ni..tapi terpaksa menunggu untuk berjumpa Dietition esok.hmmm..tunggu je la..xpe la.sekarang ni i dah anggap HKL ni our 2nd home..ehehe

1 June - Pagi ni alanna back to school a.k.a HKL..baru isnin minggu lepas keluar..masuk balik..dah puas kami than dan tunggu seboleh-bolehnya tak nak la masuk balik..tp alanna dah 2 hari tak tidur dan pagi tadi tiba-tiba suhunya naik mendadak..so terpaksa lah redah pagi yang sesak tadi ke HKL......

5 June - Selesai membaca yassin, alanna dibawa keluar dr HKL terus ke rumahnya..selepas berjumpa semua,dan hanya ahli keluarga yang tinggal, dia seolah-olah telah bersedia untuk 'pergi'. Dia tercungap dalam dakapan mumy, dia menghembuskan nafasnya dalam dakapan daddy.Jam 11.35malam..dia pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah (Alanna Qish bt Syarulniza 24/8/2009-5/6/2010)

credit to
http://puteri-nuur.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment