Wednesday, June 16, 2010

sabor je la


petang smlm dlm kereta, on d way from putrajaya ke shah alam. cik abg telah bt satu kesalahan! jeng..jeng..jeng. apa kesalahannya??? x la besar sgt, tp amat la geramnyer aku. sudahnya dapat la dia satu cubitan manja di pipi.

kita org tgh borak2 pasal our family & life spnjang kahwin ni. & suddenly aku tanya la dia dah berapa tahun kita kahwin ye bang. tengok muka dia pun aku dah tau. dia tengah dok kira2 la tu dah berapa tahun kahwin @ sebenarnya sedang dok ingat tahun bila dia kahwin. aku dah siap jeling dah. mcm la banyak bini sgt sampai tak ingat tahun kahwin. pastu aku tanya plak, tarikh nikah kita bila bang? cik abg ni pun dah senyum sengih. pastu dia jawab, kita kahwin tahun 2006 (sambil sengih2).

apa??? tahun 2006!!! sohih, memang nak kena cubit ni :-)))) aku pun cakap la, yelah tu. cuba check balik. dia pun dengan bangga check la dlm calendar kat hp. x de maknanye, mesti x tulis punye. kalau ada pun anniversary je. itu pun nasib baik la kot tulis.

wahai cik abang oiiiii, kita nikah 30 Disember 2005. bukan 2006 ok. 2006 kita beli kereta Myvi. 2007 kita dapat beli rumah & 2008 plak kita dapat IKHWAN HADI. 2009 kita pindah rumah sendiri. 2010 ni blum ada apa2 lagi. kalau dpt baby sorang lg pun bagus gak. hihihi. tapi x sempat la bersalin tahun ni kan. ni pun dah bulan 6. insyaAllah akan diusahakan dengan jayanya. kikiki

lepas dah tau jwpn salah, bg alasan katanya bukan lupa, tp x ingat. apa punye jawapan da :-) ni blum tanya tarikh lahir anak lagi. ntah ingat ke tidak...sabor je la

2 comments:

  1. janji dia ingat sapa nama bini dia hehehe
    cuba tanya siti? kalau tak ingat gak kena denda mop lantai rumah sebulan! hhehehehehhehe

    ReplyDelete
  2. saja je la kalau x ingat nama bini tu. x pyh denda pun memang dia je yg slalu mop & vakum lantai. hikhikhik. my hubby mmg rajin, jgn jeles. hahaha

    p/s: i bkn queen control k :-)

    ReplyDelete